Jumaat, 28 Januari 2011

ENEK APOI DIRAJA SABAH.



Bahan-bahan arkeologi membuktikan bahawa sejarah penduduk dan penempatan awal di semananjung  tanah  Sabah boleh dijejaki sejak  Zaman Paleolitik iaitu Zaman  batu  awal kira-kira 35,000 tahun dahulu yang  tinggal di gua-gua dipercayai penduduk terawal di tanah sabah telah dijumpai di Tingkayu , diikuti dengan Zaman Mesolitik iaitu Zaman batu tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, penempatan-penempatan manusia zaman Mesolitik juga dikenali sebagai orang Hoabinh yang ditemui Gua Madai didaerah Lahad Datu kunak, Gua tengkorak didaerah Semporna dan  Gua Gomantong didaerah Sandakan .Seterusnya  Zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu dan Zaman Logam(Gangsa,Besi) kira-kira 2500 tahun dahulu.
 Maka lahirlah seorang Ketua Suku Kaum  orang  Idahan@Sungai, juga merupakan seorang pahlawan yang gagah perkasa, ditakuti setiap lawannya, mempunyai kekuasaan taklukan jajahan yang sangat besar bermula dari Sungai Kinabatangan sehinggalah ke perairan Pulau tempurung di Daerah semporna, Beliau bernama “ ENEK RAJO APOI” maksud dalam bahasa melayu “NENEK RAJA API”. Merupakan suku kaum asli dari keturunan nenek moyang Mesolitik kira-kira 11,000 tahun dahulu.
Enek Apoi mempunyai seorang isteri yang bernama Liun Gayoh dan menurut cerita orang tua-tua lama, Baginda mempunyai tiga orang adik perempuan yang tinggal berasingan iaitu di Sungai Segama, Sungai tungku dan juga Sungai Sapagayo(Sapagaya). Baginda tidak bersambung..........

Khamis, 20 Januari 2011

Buku Pewaris Madai

Buku Ketua Pewaris Gua Madai Lahad Datu kunak yang sekian lama menjadi tanda tanya itu adalah merupakan sebuah buku peninggalan manuskrip asal tulisan Jawi lama yang tertua dan terawal disalin semula dari kitab suci Al-Quran oleh Datu Baginda nenek kepada Ayah Baginda Haji Mamangko semasa baginda berada di Kota Mekah untuk menunaikan Haji. Baginda juga merupakan  Ketua Agama dan Adat Istiadat Kaum yang diwariskan dari nenek-nenek moyang suku kaum Idahan@Sungai tertua sejak dahulukala dan  Baginda adalah orang pertama terawal memeluk Islam di Sabah. Dimantapkan lagi dengan bukti penemuan manuskrip tulisan Jawi "Alif Lam Lam Ha" yang bermaksud "ALLAH" dimuka dinding  dalam Gua di Ulu Sungai Gua Madai air yang jernih bersih mengalir .

Manakala sebelum kedatangan Islam di Negeri Sabah, sejarah Penduduk dan Kerajaan Awal di Sabah berasal usul dari nenek-nenek moyang suku kaum Idahan@Sungai yang tertua boleh dijejaki sejak Zaman Batu Awal kira-kira 35000 tahun  di kawasan Ting Kayu Lahad Datu , pada zaman batu tengah kira-kira 11000 tahun dahulu di Gua Madai Lahad Datu Kunak, Gua Gomantong Sandakan, Gua Tengkorak Semporna.  

Sejarah awal pertapakan Islam di Negeri Sabah, boleh dijejaki pada Zaman Batu Baru kira-kira 5000 tahun dahulu dan Zaman Logam(Gangsa,Besi) 2500 tahun dahulu. Penempatan-penempatan Zaman Logam boleh dijejak pada Zaman Batu Baru lagi dibeberapa kawasan di Tanah kepulauan Sabah menjadi tempat persinggahan oleh pedagang-pedagang dari China,Arab dan India ke selat Melaka Tanah Tua Melayu. Ini kerana kedudukan Tanah Kepulauan Sabah merupakan laluan perjalanan yang selamat terlindung dari bencana alam seperti ribut,taufan,angin dan ancaman lanun. Hasil Kekayaan yang ada diatas perut dan laut bumi Sabah ini telah menarik minat tumpuhan pedagang-pedagang luar  untuk menjadikan tempat perdagangan bertukar barang dengan penduduk setempat seperti beras,padi,damar, sarang burung yang banyak khasiat (hitam dan putih), rotan, kopi,gula tebu,garam batu,mutiara,gading gajah dan  sumbu badak,manakala pedagang luar pula menawarkan gong,kulintagan,tambur,emas suluk,kancing, manik-manik,keris,lembing dan pelbagai barangan seramik dan logam yang amat diminat oleh penduduk sekitar. 

Pada tahun sekitar 1996  membuktikan penemuan beberapa barang peninggalan lama terutamanya keris lama bersarung emas tulen dan rentaka serta barang-barang lain di Tanah Rancangan seberang berdekatan Sungai Silabukan Lahad Datu adalah katalis prima untuk mengungkap zaman silam yang masih jadi misteri kepada kita, apatah lagi inilah kali pertama ianya dibukukan. Namun cukup untuk membuktikan bahawa ada kehidupan awal di Negeri Sabah sebelum tamadun 'Tanah Melayu' wujud di semenanjung Tanah Melayu.


Sebelum kemangkatan Ayah Baginda Haji Mamangko, beliau telah menulis sediri dan mewasiatkan buku tatasusila iaitu buku pembahagian harta pusaka gua-gua di Sabah kepada Haji Mamangko selaku ketua pewaris anak lelaki tua mengikut Salasilah nenek-nenek moyang suku kaum Idahan@sungai. Seterusnya buku tatasusila ketua pewaris itu diturunkan ke Haji Mamangko Jali, Haji Mamangko Salam pada tahun 1913 selaku ketua Kg Lahad Datu diwartakan oleh pihak British ketika itu sebelum Negeri Sabah Merdeka pada 16 september 1963, sehinggalah ke hari ini buku tatasusila itu masih lagi diguna pakai  oleh suku kaum Idahan@Sungai di Gua Madai  Daerah Lahad Datu Kunak, Gua Togrung Daerah Semporna, Gua Gomantong Daerah Sandakan dan lain-lain gua batu di Negeri Sabah. 

Memandangkan tidak puas hati dengan kajian sejarah yang sedia ada kerana kebanyakan  sejarah cerita asal usul  nenek-nenek moyang suku kaum Idahan@Sungai dahulu kala dan Hikayat Enek Apoi DiRaja Sabah telah diperpolitikkan, cerita ditokok tambah demi menjaga kepentingan kaum lain dan penulis itu sendiri. Segala bukti artifak-artifak sejarah dan penemuan fosil, peninggalan tapak sejarah,tradisi lisan dan sebagainya yang masih belum terungkai melainkan barangan purba yang tertanam di perut bumi banyak rosak dan musnah akibat daripada kesan pengeksplotasian mengaut dan memunggah kekayaan sumber alam di Negeri Sabah oleh pihak British sebelum merdeka mahupun selepas merdeka demi kepentingan meraka. Buktinya penerokaan hutan tanah secara besar-besaran untuk penanaman Ladang pokok kelapa sawit oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, semata-mata demi menyahut suruhan pucuk pimpinan untuk kepentingan arus pembangunan yang maju dan moden.